DIET SEBAGAI GAYA HIDUP, BUKAN TREND!

DIET SEBAGAI GAYA HIDUP, BUKAN TREND!

Ramai antara kita mengamalkan konsep ‘ all or nothing ‘ dalam diet seharian. Maksudnya tak makan langsung atau alang-alang makan biar puas hati.

Konsep pemikiran sebegini akan menyebabkan berat badan dan kawalan pemakanan yang tidak konsisten kerana memberi stress kepada diri sendiri.

Kajian menunjukkan bahawa mereka yang 100% meninggalkan makanan kegemaran mereka akan mudah kembali ke memakannya dalam jumlah yang lebih besar di kemudian hari.

Antara perkara yang boleh saya cadangkan agar diet anda dapat diamalkan dalam jangka masa panjang adalah seperti berikut:

1. Tak salah ‘merasa’ makanan kegemaran kita. Merasa maksudnya 2-3 suapan sahaja jika kek..

2. Kurangkan kekerapan pengambilan makanan kegemaran kita. Makan 2 minggu – 3 minggu sekali atau sebulan sekali. Lebih-lebih lagi makanan tinggi kalori dan lemak.

3. Amalkan diet yang boleh diamalkan oleh seluruh keluarga kita. Jangan amalkan diet yang hanya untuk kita sahaja. Makanlah buah, sayur, lauk pauk dan nasi/roti.mi/pasta.

4. Timbang berat badan 2-3 minggu sekali. Fokus kepada perubahan tabiat pemakanan berbanding berat badan semata-mata. Tak salah naik berat sedikit asalkan kita ada ‘justifikasi’ sendiri. Berhenti memberi alasan. Untuk berubah kita perlu terima kesalahan untuk timbulkan kesedaran.

5. Gula tak salah. Garam tak salah. Lemak tak salah. Kita yang perlu tahu limit kita. 1-2 sudu teh gula lebih baik dari semalam minum 10 sudu teh gula. 2-3 sudu kuah lebih baik dari sesenduk besar kuah yang kita makan minggu lepas. Fokus perubahan kecil setiap hari.

6. Pilih makanan yang kita suka makan. Buah yang kita suka, sayur yang kita suka. Nasi yang kita suka. Asalkan kita tahu jumlah dan kekerapan yang betul. Tak payah makan quinoa kalau rasa tak boleh telan. Nasi pun okey.

Yang terakhir, jangan berhenti mencuba. jangan putus asa.

Kalau jatuh kita bangun balik. Jika bukan hari ini pun pasti satu hari nanti kita kena mula juga.

Jadikannya hari ini. Kerana esok mungkin sudah terlambat.

Mohd Khairul Azuan
Dietitian
www.dietfitmalaysia.com.my