ADVANCE DIET WORKSHOP 2018 – SIRI 3

Bila orang berbicara pasal diet, menu adalah antara perkara utama yang akan dibincangkan. Persoalannya, adakah setiap orang mempunyai keperluan dan persekitaran yang sama?

Nah, Saya akan merungkai semua persoalan diet anda melalui satu workshop yang padat dengan ilmu secara teori dan praktikal.

Bengkel ini telah dihadiri oleh doktor perubatan, jururawat, pegawai pemakanan, dietitian, jurulatih kecergasan, pengamal diet serta mereka yang dari pelbagai latar belakang yang mahukan ilmu pemakanan yang jelas serta terperinci ini!

SIAPA SAYA?

Saya merupakan seorang dietitian yang bertugas lebih 8 tahun dalam bidang diet dan pemakanan. Juga merupakan IKON TRAINER bagi JOM KURUS 1MALAYSIA di bawah kelolaan KEVIN ZAHRI selama 10 musim. Disamping itu, saya juga merupakan salah seorang penulis buku “DAPUR EAT CLEAN: GAYA MALAYSIA” terbitan Karangkraf dan menjadi TOP BEST SELLER di PESTA BUKU ANTARABANGSA 2017. Saya telah membantu ramai peserta mencapai berat badan yang diidamkan dan pada masa yang sama mereka dapat menyampaikan ilmu yang betul kepada orang lain.

WORKSHOP INI SESUAI KEPADA SIAPA?

  • Mereka yang ZERO pengetahuan diet, TAK TAHU nak makan APA?

  • Anda yang mahu tahu secara SPESIFIK berkenaan diet untuk DIRI ANDA SENDIRI

  • Mereka yang rasa TAHU tapi sebenarnya LAGI BANYAK TAK TAHU

  • Pengajar kelas online diet

  • Jurulatih kecergasan/ kesihatan

  • Setiap lapisan masyarakat yang mahukan ilmu diet yang TEPAT!

APA SILIBUS WORKSHOP INI YA?

  • Fisiologi Pemakanan – Sangat PENTING! Tanpa asas ini, anda memang jauh sekali dari memahami bagaimana badan anda menggunakan nutrient yang kita makan seharian.

  • Makan cukup, lebih atau kurang? – Berapa banyak tenaga harian yang anda perlukan dan mengambil kira dari sudut yang lebih tepat. Lihat melalui pendekatan yang BERBEZA!

  • Kenapa AKU tidak turun berat?? – Pecahan MACRONUTRIENT UTAMA yang WAJIB orang tahu!

  • ROOT OF MENU PLANNING – DARI A to Z : Ilmu baru yang pasti mengujakan anda!

  • Merangka plan pemakanan : Dari teori kepada praktikal

  • Berat badan statik? – Jom lihat penyelesaian yang JELAS!

BONUS!

  • SLIDE POWERPOINT PENGURUSAN BERAT BADAN ‘ KALORI ‘  YANG SAYA GUNAKAN DI KORPORAT DAN KOMUNITI.

  • KENALI ‘FAD DIET’ – TOO GOOD TO BE TRUE!

  • BERAT BADAN PLATEAU? – TIPS DAN TEKNIK ADVANCE

  • GROUP SOKONGAN WHATSAPP SELEPAS WORKHSOP

APA YANG SAYA JANJIKAN SETELAH ANDA KELUAR DARI WORKSHOP INI?

  • Sijil penyertaan dari DIETFIT MALAYSIA

  • Ilmu baru yang anda boleh gunakan untuk diri sendiri

  • Boleh menyampaikan ilmu pemakanan dengan lebih jelas dan secara sains yang senang difahami

  • Anda boleh siapkan menu sendiri ! Lebih dari 100 idea menu boleh dibuat jika tahu “ROOT OF MENU PLANNING”

  • Balik dan boleh praktis terus di rumah atau di kedai makan

  • Dan banyak lagi !

AKAN TETAPI…

Oleh kerana ini bersifat WORKSHOP, tempat yang dibuka untuk satu-satu sesi adalah 20 ORANG SAHAJASIAPA CEPAT DIA DAPAT.

Akan ada perbincangan kumpulan, buku workbook KHAS dan perbincangan di dalam kelas.

Sekiranya anda bernekad mahu mengubah diri dan menambah ilmu baru, daftar segera sebelum penuh.

 

BUTIRAN WORKSHOP ADW 3

Tempat: Seminar Room Shah Alam, 25 A, Jalan Tengku Ampuan Zabedah J9J, Seksyen 9, 40100 Shah Alam, Selangor

Tarikh: 28 Julai 2018

Masa : 9 pagi – 4 petang

Oleh kerana permintaan yang terlalu tinggi, saya cadangkan anda membuat pendaftaran dan pembayaran terus melalui Online Banking (dengan menekan button “DAFTAR SEKARANG” di bawah) setelah membaca dan berminat.

TEMPAT ADALAH TERHAD !