Saya tak boleh tidur lena semalam. Gelisah lepas terima panggilan telefon dari seorang rakan. Macam- macam bermain di fikiran..

Semalam dah jam 12 tengah malam..
Telefon saya charge atas meja solek. Jauh sikit dari tempat tidur.. Jam 12 .05 tengah malam, bunyi panggilan. Pada mulanya malas nak bangun ambil sebab jauh tapi wife kata mungkin penting..

Panggilan dari seorang rakan ..

” Cip, dah tidur ke belum? Maaf mengganggu tengah- tengah malam ni. Nak tanya sesuatu boleh? ”

” Belum lagi (nama dirahsiakan).. Ye nak tanya apa tu.. ”

Dalam hati saya berkata takkan nak bertanya pasal diet tengah- tengah malam. Sebab memang feveret dia bertanya soalan-soalan maut kat saya.

” Begini.. saudara saya masuk hospital dan akan kena pembedahan segera. Doktor cakap kalau nak buat segera kena cash RM 23000.. betul ke Cip? ”

” Saya tak pasti. Jap saya tanya wife saya sebab dia kerja dewan bedah ”

” Ha ah.. betul.. sebab peralatan pembedahan yang dibuka dan digunakan perlu dibayar oleh pihak hospital kepada company. Hospital tak boleh ambil risiko bayar dahulu ”

” Owh okey cip. Just nak pastikan betul ke SOP pembayaran macam tu. Terima kasih cip ”

” Tiada maslaah.. Sama- sama..”

Saya pun letak telefon dan kembali ke katil.

Pesakit sekarang berada di rawatan kritikal. Berkenaan jantung atau paru-paru. Saya tak pasti.

Semalaman saya berfikir. Kemudian saya bertanya pada wife saya..

” Syg, macamana kalau patient tiada duit cash atau kad kredit nak bayar segera? ”

” Owh. Selalunya pembedahan tidak akan dijalankan dan pesakit terpaksa que lama untuk pembedahan. Sebab tu dulu penyakit ni penyakit orang kaya-kaya sahaja sebab pembedahan memang mahal. Sekarang penyakit ni semua orang dapat. ” Jawab wife saya sambil menepuk-nepuk anak yang masih belum mahu tidur.

Saya terfikir.. kalau mak ayah atau orang kesanyangan kita tengah kritikal dan perlu pembedahan segera, mampu atau tidak kita membayarnya segera.

Adakah orang sanggup bayar harga ini untuk mendapat keseronokan gaya hidup yang tidak sihat. Makan macam-macam tanpa fikir. Merokok berkotak-kotak sehari. Obesiti. Malas bersenam.

Kalau tidak kasihankan diri sendiri, kasihankan mereka yang perlu membiayai anda jika berlaku apa-apa. Ramai Along/ Ceti haram menunggu untuk memberi pinjaman. Siap tunggu luar icu.. Kisah benar.

Anda ada RM 30000 cash? Kalau ada, suka hati anda nak buat macamana. Nak gemuk ke, nak merokok ke, taknak bersenam ke.. kesihatan takpe. Duit penting. Haa.. tengokla duit 30K melayang sebab kesihatan tak jaga.

Kalau tak ada RM 30k, jangan jadi bodoh. Berubah lah. Perlahan- lahan pun tak apa. Asalkan mahu berubah.

Saya mohon anda share status ini untuk rakan-rakan jika anda rasa kesihatan itu mahal.

.
.

Mohd Khairul Azuan
Dietitian Prihatin.