Anda Suka Melihat Angka Penimbang atau Cermin?

 

Apa yang saya kongsikan dibawah adalah diri saya tahun lepas..
Berat hanya beza 2kg antara kedua-dua gambar.

Gambar kiri – 78 kg
Gambar kanan – 76 kg
.

Diet kalori sahaja menurunkan berat semata-mata tanpa mengira faktor otot atau lemak.
.
Diet kalori + penjagaan makronutrient serta senaman memberikan hasil lebih memberangsangkan.
.
Contoh:
Anda ambil 150 kalori untuk snek,
Pilihan 1 : 2 biji buah
Pilihan 2 : 1 biji karipap
Pilahan 3 : 2 biji telur.

Kalori adalah SAMA tetapi kandungan karbohidrat, protein dan lemak BERBEZA bagi setiap pilihan.

Pilih yang mana mengikut TUJUAN anda.

Itu yang penting. Jangan ikut diet orang.