Beras Perang : Khasiat Yang Tersembunyi!


 

 

Tahukah anda bahawa orang kaya di zaman dahulu kala lebih gemar memakan beras putih dan menganggap beras perang hanya untuk orang miskin dan petani dan haiwan. Pada zaman sekarang, sains dan kajian telah membuktikan bahawa khasiat dalam beras perang jauh lebih tinggi berbanding beras putih!

Di India pada zaman 1897, telah dikaji bahawa penyakit beri-beri disebabkan nasi putih kerana kekurangan vitamin B1 (thiamin) yang telah hilang semasa diproses. Sejak dari itu, kerajaan membuat undang-undang supaya beras putih di perkaya dengan vitamin. Walaubagaimanapun, vitamin tersebut masih hilang semasa proses pembersihan beras. Semua pengeluar beras tidak dapat meletakkan nutrien yang sama seperti fiber dan phytochemical yang dapat membantu menurunkan kolesterol, menjaga jantung dan melawan kanser. Ini yang menjadikan beras perang lebih baik dari beras putih.

Di bawah disertakan perbandingan beras perang dan beras putih.

Antara kebaikan beras perang yang telah dapat dibuktikan adalah:

  1. Membantu mengurangkan asthma kerana antioksida dan phytonutrient yang meningkatkan immune sistem manusia.
  2. Membantu mengelakkan kanser di mana selenium di dalamnya dapat membantu mengurangkan risiko kanser usus besar.
  3. Sumber tenaga kerana mempunyai nutrien manganese dan magnesium. Ia merupakan mineral yang banyak membantu badan menggunakan karbohidrat sebagai tenaga.
  4. Membantu pembinaan tulang kerana mempunyai mempunyai magnesium dan kalsium.
  5. Mengurangkan risiko batu hempedu kerana serat tidak larut yang dipunyainya.
  6. Membantu mengurangkan sembelit dari nutrien serat dan magnesium.
  7. Membantu menurunkan berat badan kerana kandungan serat yang tinggi. Dapat memberi rasa kenyang yang lebih lama kepada badan.

Menurut Malaysian Dietary Guidelines, 2010 : Whole grains should form 50% of the total grains intake as recommended.

Jadi menggantikan beras putih kepada beras perang akan memberi khasiat yang pastinya berbaloi-baloi bagi pengamalnya. Masaklah di rumah dan makan secara sihat demi kesihatan di masa depan.

Jika anda berminat mendapatkan beras perang  dan maklumat lanjut, boleh layari www.ecobrown.com

Pembelian online juga boleh dibuat di : http://shop.ecobrown.com

Oleh : KhairulDietitian ( CIP)

Artikel ditaja oleh EcoBrown.com