JAM PALING TRENDY ABAD INI!

 

Menurut American College of Sports Medicine, jam tangan fitness ini merupakan antara trend paling popular pada tahun 2017! Pelbagai kajian telah dijalankan bagi mengenalpasti sama ada benarkah jam tangan ini dapat meningkatkan aktiviti fizikal dan mengubah gaya hidup seseorang? Mari kita lihat!

2015

Penggunaan jam tangan fitness lebih berkesan dalam meningkatkan aktiviti fizikal berbanding pedometer.

2016

  1. Penggunaan jam tangan fitness sahaja lebih berkesan dalam meningtkan pengambilan langkah seseorang berbanding penggunaan jam tangan fitness bersama-sama dengan aplikasi dalam telefon bimbit.
  2. Penggunaan jam tangan fitness dapat mengubah gaya hidup dan memberi kesan yang baik kepada psikologi seseorang. Hal ini kerana, dengan jam tangan fitness, mereka dapat merancang senaman mereka sendiri, dan mengeratkan hubungan silaturahim dengan ahli keluarga yang turut memakai jam tangan ini.
  3. Penggunaan jam tangan fitness dapat membantu orang tua yang mempunyai masalah kesihatan yang kronik untuk mengurangkan berat badan dan menurunkan paras kolesterol LDL. Mereka berasa lebih sihat dan yakin untuk bersenam.

Ternayalah bahawa jam tangan fitness ini banyak membantu dalam meningkatkan aktiviti fizikal. Jam tangan ini berfungsi sebagai satu alat dan motivasi untuk menjadi lebih sihat. Risiko penyakit jantung juga dapat dikurangkan.

TIPS PENGGUNAAN

  1. Beli ikut kemampuan masing-masing. Dapatkan jam yang murah sekiranya anda melakukan senaman hanya pada waktu lapang. Jika anda merupakan seorang atlit, di mana rutin senaman anda adalah lebik kompleks dan lama, dapatkan jam yang lebih banyak fungsinya.
  2. Dapatkan nasihat daripada doktor sekiranya anda mempunyai masalah jantung, tetapi ingin menggunakan jam ini.
  3. Gunakan jam ini untuk meningkatkan aktiviti fizikal anda dengan meningkatkan langkah yang diambil dalam sehari. Tingkatkan jumlahnya dari sehari ke sehari.
  4. Gunakan aplikasi yang disediakan untuk mengetahui tahap aktivit anda agar dapat membuat penambahbaikan dari satu masa ke satu masa.

Berbelanjalah untuk kesihatan diri sendiri!

Sumber: http://www.todaysdietitian.com/newarchives/0217p52.shtml