MINUM TEH, TERUS KURUS?

Zaman semakin maju ke hadapan, begitu juga dengan produk menguruskan badan. Kalau dulu kita hanya diiklankan dengan pil kurus, kini, ramai pihak yang mula mengeluarkan teh kurus yang juga dikenali dengan nama teh detoks. Ada apa dengan teh kurus ini? Mari baca artikel ini!

Teh kurus atau teh detoks yang mengandungi pelbagai campuran herba ini dikatakan boleh menguruskan badan dan meningkatkan tenaga. Benarkah? Sesungguhnya, tiada bukti daripada kajian saintifik yang menunjukkan kebenaran perkara ini. Malah, agak berbahaya jika diambil bersama-sama dengan sesetengah ubat atau suplemen lain.

Mari kita lihat beberapa jenis kandungan yang popular dalam tek kurus ini!

SENNA

  • kebiasaannya digunakan sebagai ubat julap
  • kajian lebih terperinci perlu dilakukan bagi mengenalpasti keberkesanan herba ini dalam mengurangkan berat badan

GUARANA

  • mengandungi kafein
  • boleh menyebabkan masalah untuk tidur, kegelisahan, perut tidak selesa, loya, muntah, meningkatkan degupan jantung, meningkatkan tekanan darah, dan kecelaruan
  • kajian lebih terperinci perlu dilakukan bagi mengenalpasti keberkesanan herba ini dalam mengurangkan berat badan

YERBA MATE

  • mengandungi kafein
  • selamat digunakan dalam kuantiti yang sederhana, namun kemusykilan timbul apabila herba ini berinteraksi dengan bahan-bahan lain
  • boleh berinteraksi dengan sesetengah ubat seperti antibiotik, litium, dan beberapa jenis ubat merawat asma
  • kajian lebih terperinci perlu dilakukan bagi mengenalpasti keberkesanan herba ini dalam mengatasi obesiti

GARCINIA CAMBOGIA

  • dikatakan boleh mengurangkan jumlah penghasilan sel lemak yang baru oleh badan
  • dikatakan boleh mengurangkan selera makan
  • boleh menyebabkan loya, sakit kepala, sakit dada, masalah bernafas, dan masalah sistem percernaan
  • memberi kesan yang terlalu kecil dalam mengurangkan berat badan

Tiada jalan mudah atau jalan pintas dalam mengatasi masalah berat badan berlebihan. Cara pemakanan sihat dan gaya hidup aktif adalah solusi yang paling selamat, berkesan dan berkekalan. Jimat kalori, jimat wang!

SUmber: http://www.todaysdietitian.com/newarchives/1116p10.shtml