SNEK SIHAT UNTUK DIMAKAN SEMASA MEMANDU PULANG BERHARI RAYA 

Snek Sihat

Selamat pulang ke kampung halaman dari kami di Dietfit Malaysia!
 
“ Mengantuk sangat kalau tak mengunyah apa-apa semasa memandu. Saya nak makan apa ya selain jeruk-jeruk? Nanti darah tinggi naik pula makan jeruk banyak..“
 
Di sini antara cadangan makanan yang boleh anda makan secara sihat semasa memandu balik ke kampung.
 
1. Kekacang – cashew, almond, kuaci dan jenis lain pun okey. Kekacang kebanyakannya mempunyai lemak baik yang tinggi sekaligus membantu jantung yang sihat.
.
 
2. Buah-buahan segar – potong kecil buahan segar dan masukkan dalam bekas. Potong terus banyak-banyak untuk bekalan sepanjang perjalanan. Pilih yang manis kerana dapat membantu otak lebih focus semasa memandu. Buah anggur, epal,pear, manga dan lain-lain. Kurangkan buah yang basah. Nanti kotor kereta kalau tumpah. Tak kisah takpe.
.
 
3. Buah kering – kurma, kismis, prune dan buah tin antara yang bagus.
.
 
4. Wrap sayur bersama protein – Buat wrap kecil-kecil dan bawa dalam bekas makanan. Gilir-gilir makan dengan buah.
.
5. Granola bar atau snek bar yang tinggi serat – selalunya ada oats. Ambil roti atau biskut tinggi serat pun boleh. Hati-hati semasa makan.
.
 
6. Bawa air masak dalam botol besar. Jimat dari beli di petrol pump.
.
 
7. Boleh juga bawa air nescafe/ kopi tapi hadkan kepada 1 botol kecil sahaja. Ambil gula lebih dari buah dan kanji kompleks.
.
.
 
Pesanan akhir dari saya, berhati-hati untuk makan semasa memandu. Mohon bantuan isteri atau rakan untuk mengambil makanan sekiranya susah dicapai tangan.
Berhati-hati memandu di hari raya!
.
 
 
Sebarkan untuk kebaikan.
.
 
Ikhlas,
CIP
DIETITIAN – MAAF ZAHIR BATIN