Merupakan sebuah syarikat perundingan pemakanan dan kecergasan yang terdiri dari dietitian, fisioterapi dan jurulatih berpengalaman.

TENTANG KAMI

cipDietFit bermula dari tahun 2014, sebagai kesinambungan dari program JomKurus 1 Malaysia bersama Kevin Zahri.

Pengasasnya, Mohd Khairul Azuan atau nama mesranya CIP merupakan team leader JK1M bagi kawasan Petaling Jaya. Beliau bekerja sebagai dietitian di sebuah Pusat Perubatan terkemuka di Lembah Klang dan sangat mementingkan pemakanan dalam setiap aktiviti yang dijalankan.

Beliau juga adalah seorang jurulatih kecergasan yang ditauliahkan oleh National Strength & Society Malaysia. Dekati beliau melalui Facebook & Instagram

  • Menerapkan gaya pemakanan sihat yang sesuai untuk setiap lapisan masyarakat dan organisasi;
  • Meningkatkan kesedaran msayarakat serta organisasi tentang kepentingan pemakanan dan kesihatan dalam meningkatkan prestasi kerja seharian; dan
  • Menjadikan pemakanan sihat dan senaman sebagai gaya hidup yang senang serta praktikal dalam setiap situasi.

FOKUS KAMI

  • Perundingan Pemakanan 85%
  • Kecergasan 75%
  • Program Korporat 65%