10 CARA UNTUK MILIKI PERUT ‘FLAT’ YANG ANDA BOLEH BANGGAKAN!

“Bagaimana nak turunkan perut buncit dengan cepat?”

Masalah perut buncit ini selalunya terjadi kepada kaum lelaki. Untuk perempuan kurang nampak sikit buncit sebab bila baju jatuh pada bahagian badan, disebabkan ada dada, perut itu tak nampak sangat.

Kita ada banyak cara, banyak mitos dalam menurunkan berat badan. Pertama sekali, saya nak pergi kepada mitos dulu. Antara mitos-mitos yang POPULAR dalam menangani perut buncit adalah:

  1. Amalkan air perahan buah limau.
    Katanya apabila kita minum hari-hari, boleh bantu kurangkan perut buncit. Ini adalah mitos yang pertama yang sangat popular.

    Tidak kira Lemon ke, limau ke, bila apabila selalu minum boleh bantu kempiskan perut. Sebenarnya ini adalah MITOS.

  2. Amalkan detox melalui jus ataupun supplemen.
    Pengambilan dalam bentuk supplement detox ataupun kita buat jus detox sendiri boleh bantu kempiskan perut. Sebenarnya ini adalah MITOS.
  3. Fat burner.
    Orang kata fat burner boleh kempiskan perut. Sebenarnya ini adalah MITOS. Jaga-jaga buat siapa yang beli fat burner, ini kerana sekiranya badan kita masih besar lagi, tak digalakkan ambil fat burner kerana ia boleh mengganggu kadar denyutan jantung kita.

“Kalau semua itu MITOS, apa acara terbaik untuk kempiskan perut?”

Ini jawapanya.

10 CARA BERKESAN UNTUK TIDAK BUNCIT LAGI

  1. MAKAN SIKIT TAPI LEBIH KERAP
    Makan lebih kerap ini bermaksud, sekiranya orang itu mempunyai keperluan kalori yang besar, contohnya, 1800 ataupun 2000 atau 3000 kalori, agihkan setiap makanan itu sedikit demi sedikit seperti 5-6 kali makan. Tidak digalakkan terus makan 2 atau 3 pinggan sekaligus untuk cukupkan keperluan kalori.
  2. KURANGKAN PENGAMBILAN KARBOHIDRAT
    Karbohidrat ada dua jenis, pertama karbohidrat ringkas dan keduanya adalah karbohidrat kompleks. Bagi mengenal pasti karbohidrat ringkas, mudah sahaja. Apabila kita letak makanan pada lidah, akan rasa manis. Contohnya, gula putih, gula perang dan madu.

    Ini bermaksud apabila masuk ke dalam badan kita, makanan ini sudah tak perlu dihancurkan dengan menggunakan lebih tenaga dan tak perlu diuraikan tenaga tersebut untuk menjadi glukos.

    Paling penting kena kurangkan GULA RINGKAS iaitu benda-benda manis. Bukan sahaja gula putih ya, banyak lagi nama untuk gula antaranya Fructose, corn syrup, dan banyak lagi. Elakkan benda-benda yang manis. Amalkan benda ini 2 minggu, boleh turunkan perut kita.

    Apa beza dengan karbohidrat kompleks? Karbohidrat kompleks ambil masa untuk diproses sebelum jadi gula. Contohnya seperti mee, mihun, nasi, roti canai, tosei. Bukan tak boleh makan, tapi setiap kali makan, jangan makan banyak.

    Kalau nasi makan satu genggam. Tosei pula cuba genggam dan gulung-gulung, dan dapatkan satu genggam. Kalau lebih daripada satu genggam, dah banyak. Kalau kita makan roti nan, kadang-kadang suku pun dah satu genggam. Jadi tanpa sedar kita sudah makan dengan berlebihan.

    “Kalau macam tu, kita makan Beras Perang je lah!”

    Betul, beras perang pun kategori karbohidrat kompleks. Lebih bagus dan bagus untuk dimakan tapi masih kena jaga jumlah iaitu dalam satu genggam sama macam nasi putih juga.

    “Kedua-duanya kena jaga. Kedua-duanya kena kurangkan.”

  3. MASA MAKAN YANG LEBIH TERATUR
    Mereka yang tak jaga masa makan dia, kebarangkalian untuk naik berat badan dan perut itu lebih tinggi. Jadi, jaga masa makan.

    Sarapan cantiknya sebelum pukul 9, makan tengah hari sebelum pukul 2 dan makan malam sebelum pukul 9 malam. Makan malam awal sebelum maghrib lagi cantik dan lagi bagus. Kalau kita tidur lambat boleh ambil supper. Sikit-sikit tapi kerap.

  4. KURANGKAN GARAM DALAM MAKANAN
    Elakkan makanan macam chips ataupun apa jua yang dalam paket, seperti snek kerana kandungan garam sangat tinggi. Pengambilan garam yang tinggi boleh menyebab air bertakung dalam badan dan sekaligus menaikkan lemak kita.
  5. KURANGKAN LEMAK DALAM MAKANAN
    Kurangkan lemak ini maksudnya lemak trans dan juga lemak tepu iaitu lemak yang tak baik. Lemak trans boleh didapati dalam biskut-biskut raya, pastri,dan apa jua makanan yang dibuat daripada marjerin. Lemak tepu pula boleh didapati dalam santan dan dalam 3-in-1 dan creamer.
  6. BANYAKKAN SERAT DALAM MAKANAN KITA
    Serat yang dimaksudkan ini adalah serat yang larut. Contoh serat larut seperti oat dan buah. Serat larut ini bagus untuk pelawasan dan apabila system pelawasan kita baik, orang tersebut senang untuk kempiskan perut.
  7. KURANGKAN JUS-JUS BUAH YANG TERLAMPAU BANYAK
    Ramai ingat minum jus buah bagus. Betul bagus, tetapi kalua minum secara berlebihan, sekaligus meningkatkan pengambilan fructose yang tinggi. Jadi lama kelamaan, ia boleh menyebabkan kegemukan.
  8. KURANGKAN STRESS
    Macam mana stress datang? Apabila tidur tak cukup, automatik akan datangkan stress. Ini juga boleh sebabkan perut kita senang membuncit. Jadi, pastikan tidur kita cukup dan salurkan stress kita ke jalan yang betul. Ini sekaligus, kita akan senang turunkan perut kita.
  9. BANYAKKAN MAKAN IKAN
    Makan Ikan sekurang-kurangnya 3 kali seminggu pun dah cukup bagus.
  10. BERSENAM
    Untuk senaman, bagi mereka yang tidak mahu nampak buncit, kena buat 2 jenis senaman yang biasa. Pertama kardio dan keduanya resistance ataupun weight training.

    Kadang-kadang orang buat kardio nampak perut dia jugak. Jadi kena juga buat weight training. Kebaikan weight training bukan sahaja melatih jantung tetapi turut membakar lemak.

    Berapa kali nak bersenam?

    Setiap minggu sekurang-kurangny3 kali senaman kardio dan 2 kali weight training ataupun 3 kali weight training dan 2 kali kardio. Insyallah bantu untuk kita kurangkan perut kita yang buncit.

——-

Inilah dia 10 tip asas untuk kita amalkan bagi turunkan perut buncit kita. Konsistensi adalah kunci kejayaan. Semoga sukses ya.


CIP, yang terus berusaha untuk pastikan perut tidak buncit lagi.