DIET DAN KANSER – A Quick Review

Oleh : Salsabila Aznan

Semalam Hari Kanser Sedunia,

Tapi hari ni baru teringat nak ucap,

Kepada mereka yang menghidap kanser, telah selamat dari kanser, mereka yang sentiasa menyokong kehidupan pesakit-pesakit kanser..


Semoga Allah merahmati dan memberi kekuatan kepada kalian semua !

Jadi..

Hari ni saya kongsikan soalan-soalan femes pemakanan berkaitan dengan kanser…
Saya sertakan jawapan sekali☺️

Moga kita lebih faham dan jelas..

…………………………………………………………………………

1. Soya Penyebab Kanser ?
Soya bukanlah penyebab kanser. Banyak kajian meta analysis menunjukkan kandungan isoflavin dalam soya menjadi faktor pelindung terhadap kanser dan dapat mengurangkan risiko kanser.

 

2. Gula Penyebab Kanser Melarat ?
Pernah dengar orang kata gula buat sel kanser makin besar? Tiada kajian kukuh yang menunjukkan makan gula akan menyebabkan sel kanser semakin teruk. Jadi tak perlu elak gula selamanya.
Tapi kena ingat ambil gula perlu berpada sebab kegemukan antara faktor risiko penyakit kanser.

 

3. Daging Merah Penyebab Kanser?
Daging Merah ada 2 jenis – yang segar dan yang diproses..
WHO mengeluarkan kenyataan bahawa daging merah yang diproses (Sosej,daging salai) sememangnya meningkatkan risiko kanser terutama kanser usus..

Diletakkan dalam kategori Kumpulan 1 – kajian kukuh penyebab kanser..
Jadi jenis daging diproses ini sebolehnya dielakkan..
Manakala daging segar (lembu, kambing, kuda) hanya diletakkan dalam kategori Kumpulan 2A – (mungkin penyebab kanser)
Kurangkan pengambilan daging merah..(maksima 1 sajian untuk 3-4 kali seminggu)

…………………………………………………………………………

Semoga memberi manfaat kepada semua😊

Sumber : WHO, Cancer Council dan updated systematic review journal for diet cancer

Salsabila Aznan
Dietitian DietFit Malaysia