Anda ada diabetis dan masih mahu berlari?

“Cip, saya ada kencing manis tapi saya nak join larian 10km dan half marathon . Mcamana ya cip? Apa yang perlu saya buat?”

Saya tidak pelik dalam situasi ini kerana ramai yang ada masalah kesihatan tetapi masih boleh join aktiviti yang melibatkan endurance atau kekuatan yang tinggi.

Yang peliknya kita yang sihat walafiat tidak mengambil peluang menjaga kesihatan kita. Dah sakit baru mula nak jaga. Situasi akan menjadi sedikit sukar.

Jadi, jika ada sesiap yang mempunyai masalah kencing manis tetapi masih mahu menyertai sebarang larian maka perlu berhati-hati dalam memilih makanan sebelum event.

Jadi begini antara cadangan saya,

1. Selalu check gula dalam darah sebelum memulakan senaman dan sentiasa berada dalam lingkungan bacaan yg dipersetujui oleh doktor anda. Pastikan bacaan gula tidak dibawah 4.0 mmol/L semasa memulakan senaman.

2. Membawa makanan manis yg senang digunakan seperti air kotak atau gula2 atau sport drinks semasa latihan. Ini supaya kita dapat menggantikan gula yang digunakan semasa senaman denhan cepat bagi mengelakkan hipoglisemia.

3. Sentiasa mengadakan latihan di rumah atau bersama kawan sehingga acara supaya badan bersedia. Tidak boleh main ‘terjah’ sahaja. Bahaya. Boleh balik naik ambulan guys.

4. Bawa atau pakai tag medical alert yg mnyatakan penyakit anda supaya senang org memberikan rawatan.

5. Makan, minum sebelum, selepas senaman. Hyperglycemia juga boleh terjadi dan diburukkan lagi dengan dehydration (kuranh air). Hyperglycemia (gula tinggi) akan menyebabkan badan kita lagi cepat hilang air. Elakkan carbs loading jika anda hanya berlari kurang dari 4 jam. Risau ter ‘over’ load.

Mengalami masalah diabetes tidak bermaksud kita perlu berhenti menyertai sebarang aktiviti sosial atau larian. Ia bagus untuk kita. Cuma perlu ambil sedikit langkah persediaan bagi mengelakkan perkara yang tidak diingini.

Kongsikan info penting ini untuk rakan-rakan!

Mohd Khairul Azuan
Dietitian