Apa yang Orang Obese Perlu Tahu Sebelum Mula Berlari !

 

PENULIS ASAL : Coach Slay

 

Bahaya Jogging Kepada Orang Obese.

 

Pertama kali join program kurus. Kena buat homework exercise berlari pula dengan Coach SLay. Badan besar. BMI 30++. Boleh ke?

Bila kita bercakap mengenai obese, kita bercakap mengenai mereka yg mempunyai BMI melebihi 30 dan bergaya hidup kurang aktif / kurang aktiviti fizikal. Maka apabila aktiviti yang dilakukan melebihi norma setiap hari, kemungkinan untuk risiko cedera itu ada. Ini kerana berat badan yang berlebihan akan memberi tekanan yang berlebihan pada sendi. NAMUN BERGANTUNG KEPADA INTENSITI, kecederaan boleh dielakkan.

 

Nasihat saya, sekiranya anda tak biasa berlari atau jogging, mulakan dengan brisk walk. Target sehingga 30-45min masa berjalan tanpa rasa sakit pada mana-mana anggota badan sewaktu bersenam. Kekal pada pace yang tidak terlalu cepat yang anda boleh kekal kan sepanjang 30-45min anda bersenam.

 

Andai anda sudah mula rasa terlalu mudah, lajukan pace perlahan-lahan sebelum mula berlari anak. Untuk permulaan, berlari lah secara interval seperti 5min berlari, 5min berjalan sehingga tercapai 30-45min total masa keseluruhan. Secara perlahan-lahan, tingkatkan masa interval sehingga suatu hari nanti anda berjaya berlari sepenuhnya sepanjang 30-45min masa yg anda target.

 

Sudah tentu sakit keesokkan harinya adalah perkara biasa yang dipanggil “muscle soreness” atau DOMS (delayed onset).

 

Ingat, setiap yg berjaya pasti ada permulaannya. Anda sekarang berada di permulaan kejayaan anda akan datang. 💪