BERLARI ATAU BERJALAN 5KM YANG MANA BAKAR LEBIH KALORI?

Oleh : Coach Slay

Mesti ada yang berkata. “Tentulah berlari. Sebab berlari lagi penat kut!”..

 

Dan muncul pendapat lain “Apa pula, jarak workout nya tetap sama 5km. Cuma cepat atau lambat je.”

 

Sebenarnya ada banyak faktor yang mempengaruhi seperti :-

umur : orang lebih berumur bakar lebih kalori berbanding yang lebih muda.

berat badan : mereka yang lebih berat badan bakar lebih kalori berbanding yang kurang.

tahap kecergasan : mereka yang lebih fit bakar kurang kalori berbanding yang kurang fit.

faktor permukaan : Jogging atas pasir pantai sebagai contoh memerlukan lebih banyak tenaga berbanding berlari atas permukaan rata.

 

Tapi bagaimana kalau faktor-faktor tersebut sama? Senang cerita, orang yang sama, permukaan sama, tapi berjalan atau jogging.

 

Disini, semuanya bergantung kepada “speed”. Ya, faktor kelajuan. Sudah tentu jogging yang lebih berkelajuan akan bakar lebih kalori berbanding berjalan yang lebih perlahan.

 

Namun, percaya atau tidak, anda juga boleh bakar jumlah kalori yang hampir sama ketika berjalan atau jogging?

 

Ya, ianya boleh dicapai sekiranya anda berjalan / jogging pada kelajuan yang sama. Sebagai contoh, anda berjalan 8km/h atau jogging 8km/h pada jarak yang sama 5km.

 

Namun semua ini bukan mudah kerana pada sesetengah orang, jogging 8km/h agak perlahan. Tapi untuk berjalan 8km/h pula mungkin sukar untuk orang biasa, melainkan mereka atlit jalan kaki atau menjalani latihan.

 

Nasihat saya untuk mereka yang baru berjinak untuk lari atau jogging, bergantung pada tujuan anda, mulakan dengan jarak atau masa.

 

Ingin tingkatkan fitness? Tentukan jarak, perbaiki masa melalui latihan..

Ingin kurus dan fitness?

Tentukan masa, tingkatkan jarak melalui latihan..

-SLay-
🔘Fisioterapi
🔘Team Leader bit.ly/JomKurusAmpang
🔘Team Leader DietFit Malaysia