BMR – Basal Metabolic Rate

Secara mudahnya BMR adalah keperluan tenaga minimum untuk badan menjalankan fungsi dengan baik dalam keadaan rehat.

Antara perkara yang mempengaruhi BMR adalah yang termasuk dalam ‘equation’ BMR iaitu jantina, umur, berat badan dan ketinggian.

Walaubagaimanapun, sebenarnya banyak perkara lagi yang mempengaruhi BMR seperti komposisi badan, kehadiran penyakit, perubahan cuaca/ketinggian tempat tinggal, kehamilan, menstrual cycle, emosi, hormon dan ubat-ubatan.

Sebab itu kadang-kadang musim hujan atau berada di tempat sejuk, selera kita meningkat lain macam atau semasa period wanita akan rasa mahu makan pelbagai makanan.