Makanan Yang Anda Perlu Tahu Untuk Bantu Hilangkan Sakit Badan Selepas Bersenam!

Penulis asal : Dietitian Salsabila

 

SAKIT BADAN LEPAS WORKOUT ? APA YANG SAYA BOLEH MAKAN?

 

Siapa tak pernah rasa sakit badan atau lenguh-lenguh lepas senaman atau workout tu..
Rasa nak kasi tabik spring .

Sakit ni bahasa omputehnya DOMS – delay onset muscle soreness..
Lepas workout, esoknya semua jalan macam atas bulan..

Jadi, saya kongsikan tips untuk kurangkan rasa DOMS.

1. KAFEIN
Kafein membantu kurangkan rasa sakit kesan dari DOMS. Boleh je minum secawan kopi atau teh sebelum atau selepas senaman. Pastikan kurang gula ye 😊

 

2. OMEGA 3
Pengambilan omega 3 dapat mengurangkan inflamasi dalam badan. Sumber makanan seperti tuna, sardin, ikan kembung, ikan parang. Pengambilan ikan yg disarankan adalah 3-4 kali seminggu

 

3. Polifenol
Polifenol – sejenis antioksidan yg tinggi dlm tumbuhan.. Pastikan setiap kali hidangan utama ada sayur-sayuran dan buah-buahan
Sumber makanan tinggi polifenol – blueberi, ceri, delima
Terbayang pula fruit milkshake lepas workout 😋