Masih ramai bertanya berkenaan stevia. Adakah selamat sebenarnya?

 

Di atas ini adalah pokok stevia yang digunakan sebagai pemanis tiruan dan daunnya yang telah dikeringkan sebelum dijadikan pemanis dalam minuman.

Stevia merupakan pokok berdaun yang mana daunnya ada satu compound pada daunnya yang menjadikannya manis. Ia tidak langsung menaikkan gula dalam darah.

Madu dan gula kabong pula sejenis karbohidrat yang mempunyai glisemik indeks yang lebih rendah dari gula putih serta kaya dengan khasiat tersendiri berbanding stevia yang hanya memberi rasa manis.

Okey ke tidak ambil untuk orang ada penyakit atau diet nak kurus untuk ambil stevia?

Ya semestinya!

Sy explain secara ringkas.

Untuk penghidap kencing manis:

Sesuai diambil untuk mnggantikan manis gula jika pesakit memang orangnya pemanis tegar.hehe. Tiada karbohidrat kerana manisnya bukan dari karbohidrat tetapi dari bahan organik di dalamnya.

Untuk orang yang mahu kurus :

Stevia tidak menguruskan badan secara magik tetapi memberi pilihan untuk mengurangkan pengambilan kalori harian dari gula. Biasanya 1 sudu teh gula = 20kcal .. kalau stevia = 0 kalori. Dah deficit 20kcal.

Untuk orang normal:

Ambillah kalau nak. Kencing manis bukan sebab banyak ambil gula. Kencing manis adalah disebabkan faktor lain seperti genetik, gaya hidup tidak aktif, berlebihan berat badan dll.

.
.

Jadi baik ambil stevia atau madu atau gula kabong?

Jawapan saya bergantung pada diri dan gaya hidup kalian.

Mereka yang sudah terkawal gula dalam darah nya, boleh sahaja ambil madu atau gula kabong dalam jumlah yang terkawal iaitu 1-2 sudu teh sekali sehari.

Tapi jika anda pesakit diabetes yang masih tidak mempunyai kawalan yang baik terhadap gula dalam darah, saya sarankan stevia kerana tiada tambahan karbohidrat dalam diet. Dakwaan yang menyatakan stevia ditambah gula ada betul dan ada yang tidak betul.

Ada ‘sesetengah’ produk stevia yang menambahkan gula alcohol seperti erythritol untuk menambah rasa manis dan hilangkan rasa payau stevia tetapi masih hampir 0 kalori. Rasa payau ini adalah normal bagi stevia kerana klorofil pada daunnya. Gula alkohol seperti erythritol ini masih selamat dan tidak haram ya 😅.
.

Apa-apapun, pilihan anda adalah tanggungjawab anda.
.

Itu sahaja perkongsian pagi ini.
.

Mohd Khairul Azuan
Dietitian Manis Tanpa Gula