Mengatasi Masalah Perut Buncit Dengan Cepat!

 

Anda malu anak kata perut papa ada baby?
Malu pakai jersi bola tapi perut tak ke depan?

Bukan sekadar baju sahaja tak selesa tapi testosteron pun menurun. Apa paking ketara jadi kalau kurang testosteron ni?

Jadilah tetek lelaki atau man’s boob. Libido pun boleh turun. Libido tu kurang search la sendiri dalam google.

Saya cerita teknik simple nak turunkan sikit perut buncit. 2-3 minggu je setel tak perlu pakai bengkung sajat dah.

Sebab buncit : Lebih lemak dan karbohidrat dalam diet. Bukan buncit air tu.

Cara kurangkan perut buncit :

Kurangkan karbohidrat dan lemak dalam diet, lebihkan weight training lepas tu cardio seperti berlari/slow jog setengah jam. Air manis betul-betul kena cut kepada sekali sehari sahaja.

Kalau nak ambil lebih karbohidrat, kena sesuaikan dengan jenis senaman kita. Itupun kalau badan bukan obese.

Kalau masih berlebihan berat badan, sederhana (cukupkan) karbohidrat sekurang-kurangnya 3x makan dalam 100-150g nasi/pasta/mee/mihun secara umum.

Senang kata ambil suku je nasi tengahari ni. Kalau taknak makan nasi, makan roti 2-3 keping lengkap dengan lauk/sardin.

Sayur pula ambil yang ulam atau rebus kalau lauk tu kuahnya berlemak. Kuah sikiiit jangan banjir!

Kemudian buat latihan pemberat + cardio + hiit. Variasi kan senaman.

Saya pun tengah cuba sikit-sikit ni sejak orang rumah bagi hint belai-belai perut kita. Paham-paham jela sendiri.

Insaf saya untuk tahun 2019 🤣

Khairul Azuan