Minum Air Banyak untuk Flush Toxic?

“Eh Gayah, boleh ke ambil supplement2 tu? Nampak banyak sangat supplement yang kau ambil ni.. tak takut rosak buah pinggang ke? “

“Jangan risau Minah, aku minum 6liter air sehari. Boleh flush out toksik tu.. “

“Ooo begitu ke? Aku pun nak cuba la..mana tahu dapat bantu sembuhkan balik buah pinggang aku ni .. ”

.
Anda pernah dengar istilah “ Minum air banyak dapat flush out toxic dari supplement sekaligus sembuhkan penyakit buah pinggang ?”

Jika pernah, mari saya ceritakan sikit pasal air dalam badan.
.
Status air dalam badan manusia ditafsirkan melalui terma sains yang biasa kita dengar iaitu Dehydration (terlalu kurang air) dan Overhydration (terlebih air).

Begini,

Tahukah anda, usus besar kita menyerap kembali lebih kurang 9 liter air sehari yang kita minum dan dirembeskan dari sistem badan? Ya, badan kita sendiri rembes air dari dalam untuk kawal homeostasis nya sendiri. Sebab itu kalau tak minum air sehari dua pun tak mati lagi. Tapi lepas pada tu badan pun akan perlahankan aktiviti sehingga membawa maut.
.
Allah buat cantik dah badan manusia. Minum ikut keperluan. Minum air terlalu banyak pun tidak dapat bantu pulihkan buah pinggang. Minumlah air secukupnya iaitu lebih kurang 2-4 liter sehari.
.
Sampai 4 liter tu pun kalau anda ada gout. Mungkin boleh bantu buang urik asid melalui air kencing.

Minum sikit-sikit dan bukan sekaligus minum seliter. Nanti asyik nak kencing merata.

Tak perlu sampai 5-6 liter sehari.

Air yang terlalu banyak pun tidak akan menyelamatkan anda dari kerosakan buah pinggang kronik faktor lain diabaikan.

Untuk kawal kerosakan buah pinggang yang lebih kronik, kawal penyakit-penyakit berkaitan seperti darah tinggi dan kencing manis. Kawalan penyakit kronik ini sangat penting.

Ramai yang abaikan ubatan hospital dengan anggapan ubat tersebut rosakkan buah pinggang lalu terus ambil supplement dari luar. Sebetulnya, bila anda skip ubat yang disarankan doktor bacaan darah tinggi dan gula akan tidak terkawal. Ini sebenarnya yang merosakkan buah pinggang dalam senyap!
.
Gemuk air bagi insan biasa? Mungkin boleh tambah angka pada penimbang tapi tidak bahaya macam gemuk lemak.
.
.
Mohd Khairul Azuan
Dietitian