PERNAHKAH ANDA RASA STRESS SEMASA PROSES MENURUNKAN BERAT BADAN?

Ini mungkin kerana anda telah terperangkap dalam DIET TRAP!

Tahukah anda bahawa berdiet memerlukan kekuatan minda dan kawalan dalam sedar yang sangat tinggi untuk memastikan diet anda berkesan?

Sebanyak mana ilmu diet yang kita ada sekalipun, belum tentu dapat kita laksanakan secara praktikal kerana kita tak berfikir dengan cara yang betul.

Sebenarnya kita bukannya lemah kawalan minda, tapi kita tak sedar yang kita dah terjerat dalam pemikiran tak rasional berkaitan diet. Pemikiran-pemikiran ini yang terus-terusan menghumban diri kita ke dalam DIET TRAP dan akhirnya kita mula hilang kawalan terhadap diet dan gaya hidup sihat.

Jadi, Cognitive Behavioural Therapy atau CBT akan membantu anda langkah demi langkah bagi ‘mengejutkan’ diri anda dan menyedarkan bahawa anda sedang terperangkap dan perlu segera mencari jalan keluar!

Pertama kalinya di Malaysia, CBT akan diperkenalkan secara serius kepada public melalui seminar hujung minggu oleh Assistant Professor Dr Jamilah Hanum Abdul Khaiyom. Beliau merupakan seorang Pensyarah Kanan dan Clinical Psychologist dari UIAM. Beliau banyak terlibat dengan ceramah psikologi di agensi-agensi kerajaan mahupun korporat. Nestle dan Malaysian Dietitian Association merupakan antara organisasi yang telah menjemput beliau berulang kali bagi melatih medical professional mereka dalam CBT for Weight Loss and Maintenance.

SIAPA YANG PATUT HADIR?

  • Mereka yang baru mahu mula menurunkan berat badan

  • Mereka yang sudah lama berdiet tetapi ON/OFF

  • Mereka yang sudah berjaya turunkan berat badan tetapi masih struggle mengekalkan tabiat yang baik dalam berdiet dan bersenam

  • Fitness Intructor

  • Motivator dan penceramah gaya hidup sihat

  • Mereka yang mahu menimba ilmu baru dalam proses menurunkan berat badan

 

ANTARA ISI KANDUNGAN MENARIK SEMINAR INI ADALAH:

  • Perangkap Diet? – 8 jenis perangkap diet yang orang tak sedar diri mereka terperangkap!

  • Perangkap Dalaman – Bagaimana saya memerangkap diri sendiri.

  • Perangkap Interpersonal – Bagaimana orang lain menyebabkan diet saya terjejas?

  • Perangkap Luaran – Bagaimana persekitaran  saya memerangkap saya?

  • Perangkap Universal – Bagaimana kita semua terperangkap.

  • Teknik Meloloskan diri dari Perangkap Diet!!

 

BUTIRAN SEMINAR DIET TRAP:

Tempat: Institute of Business Excellence, UITM Shah Alam

Tarikh: 12 Januari 2019

Masa: 9 pagi – 1 tengahari

Yuran: RM 150 sahaja untuk 50 peserta terawal! Harga untuk yang seterusnya adalah RM180.

InsyaAllah pelaburan ini akan memberi sesuatu ilmu yang baru (CBT, Kemahiran Psikologi) bagi membantu anda berjaya dalam proses anda menurunkan dan mengekalkan berat badan ideal.

Daftar segera sebelum terlambat !!