Tips Simple Yang Anda Terlepas Pandang Dalam Diet.

Kalori adalah ‘anggaran’ sahaja. Susah mendapat kalori yang tepat bagi satu-satu hidangan. Jadi jika berlaku percanggahan kiraan kalori +-50kcal masih tiada masalah.

Siapa yang rajin buat diari makanan,teruskan buat. Ramai berjaya dari situ. Siapa yg dah sesat dan dah tak tahu bagaimana nk kembali ke pangkal jalan, gunakan kembali Rekod Makanan anda.

3 benda wajib ada dalam Rekod Makanan:

+ Masa makan
+ Jenis makanan dlm hidangan
+ Jumlah makanan

Contoh diari:

9pagi – roti wholegrain 2pc + peanut butter 1tsp + telur 2biji

11pagi – Nasi lemak 2 senduk + telur rebus 1biji + sambal 1 sudu makan + sotong masak sambal 4ketul + teh o ais 1 gelas.

Nak tulis kalori atau tak dalam diari makan adalah pilihan masing -masing.

Antara kelebihan diari makan:

+ Track setiap makanan kita supaya kita lebih berjaga2

+ Track kalori jika ada

+ Senang pantau disiplin makan dan masa makan kita

+ Senang adjust jika berlaku plateau

Mulakan Diari Makanan anda dan mula merekod! .. 🙂

Mohd Khairul Azuan
Dietitian